Sunday, January 11, 2009

Penyelenggaraan Sistem Pemfailan Lukisan Kejuruteraan

Tujuan : Blog penerangan ini bertujuan untuk memberi penambahan ilmu kepada pelatih-pelatih bagi membolehkan mereka mengenal pasti jenis-jenis lukisan yang biasa digunakan dan tahu kaedah-kaedah yang betul untuk menyimpan dan menyelenggara lukisan-lukisan projek agar apabila sesuatu rujukan perlu dibuat keatas lukisan berkenaan,ianya dapat dilakukan dengan cepat dan sempurna.
Jenis-Jenis Lukisan

Terdapat LIMA jenis lukisan yang utama iaitu:-
  • Lukisan Pemasangan Keseluruhan (General Arrangement Drawing) dimana ianya menunjukkan pemasangan lengkap semua komponen-komponen.
  • Lukisan Cabang Pemasangan (Sub-assembly Drawing) dimana ianya menunjukkan lebih banyak perincian bagaimana sesuatu bahagian dipasang.
  • Lukisan Perincian (Detail Drawing) menunjukkan butir-butir terperinci bagaimana ukuran dan keadah membentuk sesuatu komponen.
  • Lukisan Litar (Circuit Diagram) menunjukkan bagaimana sesuatu sistem pendawaian berfungsi untuk mengerakkan sesuatu bahagian atau projek.Lukisan Pendawaian ( Wiring Drawing ) menunjukkan spesifikasi kabel yang perlu digunakan untuk melengkapkan system litar elektrik nya.

Penyisihan Lukisan

Dalam sesebuah organisasi, system fail yang baik dan berkesan adalah penting bagi menjamin sesuatu urusan boleh diselesaikan dengan cepat dan lancar. Begitu juga dalam penyelenggara dan menyimpan lukisan satu system pemafailan yang cekap perlu diadakan agar rujukan yang perlu dibuat dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan cekap. Susunan dan penyelenggaran fail lukisan yang sempurna menunjukkan tahap kecekapan seseorang pekerja.

Lukisan dan rajah biasanya dilabelkan dengan bermula dari Nombor atau Kod Awalan yang sama sebagaimana yang terdapat pada Lukisan Pemasangan Keseluruhan dan dituruti dengan penambahan nombor lain kepadanya secara bersiri. Contoh seperti berikut :

Pemasangan Keseluruhan (Label : 0123) dan diikuti dengan Cabang Pemasangan 1 (Label : 01234 -001) atau Cabang Pemasangan 2 (Label : 01234 -002). Manakala untuk Cabang Pemasangan 1 pula yang mempunyai sub Lukisan Perincian 1 (Label : 01234 -001-01) dan seterusnya.

Ada beberapa keadah yang digunakan untuk menyisih lukisan-lukisan projek seperti berikut:

  • Penyisihan lukisan mengikut Abjad
  • Penyisihan Lukisan mengikut Angka
  • Penyisihan Lukisan mengikut Projek

Penyisihan Lukisan mengikut Abjad

Ini adalah cara asas kepada kebanyakan system penyimpanan rekod sebab caranya mudah. Abjad yang dipilih untuk mengkelaskan sesuatu lukisan mungkin boleh diambil daripada huruf awal Tajuk atau jenis sesuatu lukisan. Bagi mengendalikan system fail secara berkesan , semua kakitangan yang terlibat harus mematuhi peraturan-peraturan tertentu yang telah ditetapkan, jika tidak system fail akan menjadi tidak teratur. Contoh nya satu lukisan yang diberi tajuk Pendakap Aci suatu ketetapan hendaklah dibuat samada lukisan itu perlu disisihkan dibawah huruf “P” untuk Pendakap atau huruf “A” untuk Aci .Didalam suatu sistem penyisihan yang baik adalah wajar sesuatu lukisan itu dikelaskan mengikut Subjek (NAMA) iaitu Pendakap dan bukan nya Prediket (kata nama) iaitu Aci. Oleh itu lukisan Pendakap Aci hendaklah didftarkan dibawah huruf “P".

Penyisihan Lukisan Mengikut Angka


Cara ini adalah sama terkenal dengan penyisihan lukisan mengikut abjad. Kebanyakan organisasi menyimpan lukisan berdasarkan system angka, khususnya jika lukisan-lukisan tersebut dikenali dengan angka dan bukannya mengikut nama. Sistem angka digunakan untuk menyimpan lukisan-lukisan yang telah dinomborkan. Tajuk-tajuk diatas tanda panduan untuk mengesan lukisan didalam rak-rak simpanan adalah juga dalam bentuk nombor-nombor.

Setiap urusan yang berkaitan dengan sesuatu lukisan hendaklah dinyatakan dalam nombor-nombor rujukan yang telah diberikan kepada lukisan tersebut. Jika tiada usaha mengesan lukisan tersebut akan menjadi lambat jika hanya namanya sahaja yang diketahui. Biasanya satu indeks kad abjad disediakan yang mengandungi nama lukisan dan nombornya. Oleh itu penyisihan lukisan mengikut angka disebut “pengelasan menyimpan lukisan dua langkah”

Penyisihan Lukisan Mengikut Projek


Jika terdapat banyak lukisan projek yang mempunyai nama yang seakan-akan sama atau mempunyai nama awalan yang serupa adalah sesuai jika dikelaskan mengikut nama umum projek tersebut. Contohnya beberapa projek pendakap seperti Pendakap Aci, Pendakap Paip, Pendakap Matalat dan seumpamanya dikelaskan dibawah tajuk “Pendakap”.

Sebenarnya sistem penyisihan jenis ini adalah satu alternatif kepada penyisihan fail mengikut abjad. Sistem pemfailan ini sesuai untuk unit-unit kecil didalam sesuatu organisasi dimana hanya sedikit sahaja jenis lukisan yang perlu diselenggarakan.

Kaedah Menyimpan Lukisan Kejuruteraan

Terdapat tiga kaedah menyimpan lukisan yang biasa digunakan iaitu

  • Kaedah menyimpan secara bersiri
  • Kaedah menyimpan secara menegak
  • Keadah menyimpan secara melintang

bersambung.....

No comments:

Post a Comment