- Berpakaian sopan semasa berada dalam bilik lukisan.
- Tidak memakai pakaian yang terlalu labuh.
- Tidak berlari atau bermain dengan peralatan lukisan terutama peralatan yang tajam.
- Memastikan peralatan lukisan yang telah digunakan disimpan dalam bekas yang disediakan.
- Memastikan meja dan kerusi bengkel dalam keadaan teratur.
- Tidak membaling peralatan lukisan atau apa sahaja kepada rakan anda.
- Memastikan pencahayaan di dalam bilik lukisan adalah baik untuk penglihatan anda.
- Anda tidak dibenarkan merokok dalam bilik bengkel.
- Apabila berlaku kebakaran sila bawa peralatan penting anda bersama-sama.
- Sila laporkan segala salah laku segala kemalangan yang berlaku dengan pantas kepada pensyarah anda.
Kebersihan tempat kerja dari bahan kotoran yang mencacatkan lukisan patut dihindarkan.
- Lukisan hendaklah kering dan tidak lembab atau terkena bintik-bintik air yang boleh menjejaskan permukaan lukisan.
- Cara meletakkan lukisan hendaklah betul dan tidak terdapat permukaan yang tidak rata atau yang boleh menyebabkan kertas lukisan rosak.
- Drafting board pada drafting machine hendaklah ditutup selepas iguana.
- Pastikan pelapik meja lukisan dalam keadaan bersih.
- Semasa melakukan kerja, jangan meletakkan board terlalu condong atau mendatar. Ini boleh menjejaskan prestasi.
Pensil atau Technical Pencil
- Pastikan pensil sentiasa tajam matanya dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.
- Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.
- Bagi technical pensil, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil patah.
- Cara yang baik untuk mengasah mata pensil ialah dengan kertas pasir.
Technical Pen
- Pastikan pen sentiasa dalam keadaan baik.
- Gunakan dakwat yang disyorkan sahaja.
- Bersihkan penutup dan mata pen dari dakwat meleleh keluar.
- Jangan guna pen pada kertas selain kertas surih.
- Jangan cabut jarum yang terdapat di dalam mata pen, terutama mata pen saiz 0.18 – 0.2mm.
- Pen yang kotor hendaklah dicuci dengan menggunakan ULTRA SONIC.
Memadam
Berikut adalah beberapa cara memadam kesilapan pada lukisan yang asal.
- Pilih pemadam yang sesuai tanpa merosakkan kertas.
- ERASING SHIELD digunakan untuk melindungi bahagian yang tidak dipadam.
- Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh tekanan pemadam tadi.
- Jangan gunakan RAZOR BLADE atau pisau.
- Kadang-kadang kertas keras diletakkan di bawah permukaan yang hendak dipadam, ini boleh menghilangkan lurah yang terdapat pada kertas oleh pensil dan juga serabut.
- Selepas memadam bersihkan bahagian belakang lukisan yang disebabkan kotoran yang melekat semasa menekan pemadam.
- Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas lukisan, elakkan dari menggunakan tangan.
- ERASING MACHINE juga boleh digunakan untuk memadam dan menjimatkan masa tanpa perlu menekan kuat dan tiada masalah haba dari geseran.
Penjagaan dan Penyimpanan Lukisan Asal
Sebuah lukisan itu mungkin akan digunakan berulangkali, oleh itu penjagaan yang baik akan dapat melindungi lukisan dari cepat rosak. Berikut adalah beberapa peraturan untuk menjaga lukisan:
- Jangan lipat kertas lukisan.
- Jangan gunakan tangan untuk membuang kotoran pada lukisan.
- Kotoran juga akan melekat pada bahagian belakang, pastikan ia juga dalam keadaan bersih.
- Apabila perubahan perlu dibuat, hendaklah dirujuk pada salinannya.
- Meja lukisan hendaklah sentiasa ditutup apabila tidal iguana.
- Terlalu banyak kertas lukisan dalam satu laci boleh merosakkan kertas lukisan kerana keluar masuk kertas.
- Jangan gulung kertas lukisan terlalu kuat, terutama pada kertas surih.
- Jangan gunakan STAPLES atau pin tetapi gunakan TAPE atau klip.
- Apabila menggunakan lukisan, gunakan meja yang besar , jangan slide untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan lukisan.
- Apabila menyimpan lukisan disyorkan saiz yang sama dalam satu fail atau rak.
- Lukisan hendaklah disimpan dalam keadaan suhu di antara 21º C hingga 40º C dan pada 60% kelembapan.