Sunday, January 18, 2009

Peraturan Keselamatan dan Peraturan Dalam Bilik Lukisan

Peraturan Keselamatan Bengkel
Semasa berada dalam bengkel lukisan, anda adalah tertaklum kepada peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh pihak bengkel institut diantaranya.
  1. Berpakaian sopan semasa berada dalam bilik lukisan.
  2. Tidak memakai pakaian yang terlalu labuh.
  3. Tidak berlari atau bermain dengan peralatan lukisan terutama peralatan yang tajam.
  4. Memastikan peralatan lukisan yang telah digunakan disimpan dalam bekas yang disediakan.
  5. Memastikan meja dan kerusi bengkel dalam keadaan teratur.
  6. Tidak membaling peralatan lukisan atau apa sahaja kepada rakan anda.
  7. Memastikan pencahayaan di dalam bilik lukisan adalah baik untuk penglihatan anda.
  8. Anda tidak dibenarkan merokok dalam bilik bengkel.
  9. Apabila berlaku kebakaran sila bawa peralatan penting anda bersama-sama.
  10. Sila laporkan segala salah laku segala kemalangan yang berlaku dengan pantas kepada pensyarah anda.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.

Kebersihan tempat kerja dari bahan kotoran yang mencacatkan lukisan patut dihindarkan.
  1. Lukisan hendaklah kering dan tidak lembab atau terkena bintik-bintik air yang boleh menjejaskan permukaan lukisan.
  2. Cara meletakkan lukisan hendaklah betul dan tidak terdapat permukaan yang tidak rata atau yang boleh menyebabkan kertas lukisan rosak.
  3. Drafting board pada drafting machine hendaklah ditutup selepas iguana.
  4. Pastikan pelapik meja lukisan dalam keadaan bersih.
  5. Semasa melakukan kerja, jangan meletakkan board terlalu condong atau mendatar. Ini boleh menjejaskan prestasi.

Pensil atau Technical Pencil

  1. Pastikan pensil sentiasa tajam matanya dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.
  2. Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.
  3. Bagi technical pensil, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil patah.
  4. Cara yang baik untuk mengasah mata pensil ialah dengan kertas pasir.

Technical Pen

  1. Pastikan pen sentiasa dalam keadaan baik.
  2. Gunakan dakwat yang disyorkan sahaja.
  3. Bersihkan penutup dan mata pen dari dakwat meleleh keluar.
  4. Jangan guna pen pada kertas selain kertas surih.
  5. Jangan cabut jarum yang terdapat di dalam mata pen, terutama mata pen saiz 0.18 – 0.2mm.
  6. Pen yang kotor hendaklah dicuci dengan menggunakan ULTRA SONIC.

Memadam

Berikut adalah beberapa cara memadam kesilapan pada lukisan yang asal.

  1. Pilih pemadam yang sesuai tanpa merosakkan kertas.
  2. ERASING SHIELD digunakan untuk melindungi bahagian yang tidak dipadam.
  3. Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh tekanan pemadam tadi.
  4. Jangan gunakan RAZOR BLADE atau pisau.
  5. Kadang-kadang kertas keras diletakkan di bawah permukaan yang hendak dipadam, ini boleh menghilangkan lurah yang terdapat pada kertas oleh pensil dan juga serabut.
  6. Selepas memadam bersihkan bahagian belakang lukisan yang disebabkan kotoran yang melekat semasa menekan pemadam.
  7. Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas lukisan, elakkan dari menggunakan tangan.
  8. ERASING MACHINE juga boleh digunakan untuk memadam dan menjimatkan masa tanpa perlu menekan kuat dan tiada masalah haba dari geseran.

Penjagaan dan Penyimpanan Lukisan Asal

Sebuah lukisan itu mungkin akan digunakan berulangkali, oleh itu penjagaan yang baik akan dapat melindungi lukisan dari cepat rosak. Berikut adalah beberapa peraturan untuk menjaga lukisan:

  1. Jangan lipat kertas lukisan.
  2. Jangan gunakan tangan untuk membuang kotoran pada lukisan.
  3. Kotoran juga akan melekat pada bahagian belakang, pastikan ia juga dalam keadaan bersih.
  4. Apabila perubahan perlu dibuat, hendaklah dirujuk pada salinannya.
  5. Meja lukisan hendaklah sentiasa ditutup apabila tidal iguana.
  6. Terlalu banyak kertas lukisan dalam satu laci boleh merosakkan kertas lukisan kerana keluar masuk kertas.
  7. Jangan gulung kertas lukisan terlalu kuat, terutama pada kertas surih.
  8. Jangan gunakan STAPLES atau pin tetapi gunakan TAPE atau klip.
  9. Apabila menggunakan lukisan, gunakan meja yang besar , jangan slide untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan lukisan.
  10. Apabila menyimpan lukisan disyorkan saiz yang sama dalam satu fail atau rak.
  11. Lukisan hendaklah disimpan dalam keadaan suhu di antara 21º C hingga 40º C dan pada 60% kelembapan.

Sunday, January 11, 2009

Penyelenggaraan Sistem Pemfailan Lukisan Kejuruteraan

Tujuan : Blog penerangan ini bertujuan untuk memberi penambahan ilmu kepada pelatih-pelatih bagi membolehkan mereka mengenal pasti jenis-jenis lukisan yang biasa digunakan dan tahu kaedah-kaedah yang betul untuk menyimpan dan menyelenggara lukisan-lukisan projek agar apabila sesuatu rujukan perlu dibuat keatas lukisan berkenaan,ianya dapat dilakukan dengan cepat dan sempurna.
Jenis-Jenis Lukisan

Terdapat LIMA jenis lukisan yang utama iaitu:-
  • Lukisan Pemasangan Keseluruhan (General Arrangement Drawing) dimana ianya menunjukkan pemasangan lengkap semua komponen-komponen.
  • Lukisan Cabang Pemasangan (Sub-assembly Drawing) dimana ianya menunjukkan lebih banyak perincian bagaimana sesuatu bahagian dipasang.
  • Lukisan Perincian (Detail Drawing) menunjukkan butir-butir terperinci bagaimana ukuran dan keadah membentuk sesuatu komponen.
  • Lukisan Litar (Circuit Diagram) menunjukkan bagaimana sesuatu sistem pendawaian berfungsi untuk mengerakkan sesuatu bahagian atau projek.Lukisan Pendawaian ( Wiring Drawing ) menunjukkan spesifikasi kabel yang perlu digunakan untuk melengkapkan system litar elektrik nya.

Penyisihan Lukisan

Dalam sesebuah organisasi, system fail yang baik dan berkesan adalah penting bagi menjamin sesuatu urusan boleh diselesaikan dengan cepat dan lancar. Begitu juga dalam penyelenggara dan menyimpan lukisan satu system pemafailan yang cekap perlu diadakan agar rujukan yang perlu dibuat dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan cekap. Susunan dan penyelenggaran fail lukisan yang sempurna menunjukkan tahap kecekapan seseorang pekerja.

Lukisan dan rajah biasanya dilabelkan dengan bermula dari Nombor atau Kod Awalan yang sama sebagaimana yang terdapat pada Lukisan Pemasangan Keseluruhan dan dituruti dengan penambahan nombor lain kepadanya secara bersiri. Contoh seperti berikut :

Pemasangan Keseluruhan (Label : 0123) dan diikuti dengan Cabang Pemasangan 1 (Label : 01234 -001) atau Cabang Pemasangan 2 (Label : 01234 -002). Manakala untuk Cabang Pemasangan 1 pula yang mempunyai sub Lukisan Perincian 1 (Label : 01234 -001-01) dan seterusnya.

Ada beberapa keadah yang digunakan untuk menyisih lukisan-lukisan projek seperti berikut:

  • Penyisihan lukisan mengikut Abjad
  • Penyisihan Lukisan mengikut Angka
  • Penyisihan Lukisan mengikut Projek

Penyisihan Lukisan mengikut Abjad

Ini adalah cara asas kepada kebanyakan system penyimpanan rekod sebab caranya mudah. Abjad yang dipilih untuk mengkelaskan sesuatu lukisan mungkin boleh diambil daripada huruf awal Tajuk atau jenis sesuatu lukisan. Bagi mengendalikan system fail secara berkesan , semua kakitangan yang terlibat harus mematuhi peraturan-peraturan tertentu yang telah ditetapkan, jika tidak system fail akan menjadi tidak teratur. Contoh nya satu lukisan yang diberi tajuk Pendakap Aci suatu ketetapan hendaklah dibuat samada lukisan itu perlu disisihkan dibawah huruf “P” untuk Pendakap atau huruf “A” untuk Aci .Didalam suatu sistem penyisihan yang baik adalah wajar sesuatu lukisan itu dikelaskan mengikut Subjek (NAMA) iaitu Pendakap dan bukan nya Prediket (kata nama) iaitu Aci. Oleh itu lukisan Pendakap Aci hendaklah didftarkan dibawah huruf “P".

Penyisihan Lukisan Mengikut Angka


Cara ini adalah sama terkenal dengan penyisihan lukisan mengikut abjad. Kebanyakan organisasi menyimpan lukisan berdasarkan system angka, khususnya jika lukisan-lukisan tersebut dikenali dengan angka dan bukannya mengikut nama. Sistem angka digunakan untuk menyimpan lukisan-lukisan yang telah dinomborkan. Tajuk-tajuk diatas tanda panduan untuk mengesan lukisan didalam rak-rak simpanan adalah juga dalam bentuk nombor-nombor.

Setiap urusan yang berkaitan dengan sesuatu lukisan hendaklah dinyatakan dalam nombor-nombor rujukan yang telah diberikan kepada lukisan tersebut. Jika tiada usaha mengesan lukisan tersebut akan menjadi lambat jika hanya namanya sahaja yang diketahui. Biasanya satu indeks kad abjad disediakan yang mengandungi nama lukisan dan nombornya. Oleh itu penyisihan lukisan mengikut angka disebut “pengelasan menyimpan lukisan dua langkah”

Penyisihan Lukisan Mengikut Projek


Jika terdapat banyak lukisan projek yang mempunyai nama yang seakan-akan sama atau mempunyai nama awalan yang serupa adalah sesuai jika dikelaskan mengikut nama umum projek tersebut. Contohnya beberapa projek pendakap seperti Pendakap Aci, Pendakap Paip, Pendakap Matalat dan seumpamanya dikelaskan dibawah tajuk “Pendakap”.

Sebenarnya sistem penyisihan jenis ini adalah satu alternatif kepada penyisihan fail mengikut abjad. Sistem pemfailan ini sesuai untuk unit-unit kecil didalam sesuatu organisasi dimana hanya sedikit sahaja jenis lukisan yang perlu diselenggarakan.

Kaedah Menyimpan Lukisan Kejuruteraan

Terdapat tiga kaedah menyimpan lukisan yang biasa digunakan iaitu

  • Kaedah menyimpan secara bersiri
  • Kaedah menyimpan secara menegak
  • Keadah menyimpan secara melintang

bersambung.....